Friday, June 11, 2010

Cintailah Allah (Bab 2)

SUDAH 5 bulan berlalu. Sejak orang yang ku sayangi telah pergi dari hidupku, kehidupanku bertukar menjadi sesuatu yang tidak pasti keadaannya. Perubahan yang drastik telah mengheret aku ke lembah yang hina lagi dibenci oleh Pencipta!

Nauzubillah. Apa yang aku telah lakukan ini cukup merosakkan diriku. Aku ingin bangkitkan diri untuk mengubah diri ku jadi hamba Allah yang jauh lebih baik. Tapi, hampa. Syaitan sentiasa menggodaku. Berkali-kali aku cari cara untuk menghilangkan tipu daya syaitan. Yang aku tahu, istighfar! Ya. Astgahfirullah, Alhamdulillah, Subhanallah, La ilaha illah. Berkali kali aku beristighfar. Sehinggalah aku tertidur sekali lagi di atas tilam empuk milik arwah mak ayah aku.

Tiba-tiba aku berada di suatu tempat yang terang benderang. Tiada sedikitpun lingkaran cahaya matahari. Tempat itu luas benar. Dan kosong. Pelik. Di manakah aku berada kini? Aku bermonolog sendirian. Aku cuba berjalan mencari jalan keluar. Alangkah terkejutnya aku. Ada satu lembaga berpakaian jubah putih sedang berdiri tegak seperti menanti seseorang. Aku kaget. Siapakah dia? Haruskah aku bertanya aku di mana sekarang atau sebaliknya? Aduiyaiiiii!!

“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,” sapa lembaga berjubah putih itu. Aku menjawab salamnya perlahan-lahan. Aku dapat rasakan satu daya tarikan magnet pada dirinya untuk aku terus mengenalinya.

“A’asif, akh. Saya datang ke sini untuk membimbing kamu ke jalan yang benar. Saya ialah utusan Allah SWT. Akh tidak perlu tahu siapa saya sebenarnya. Saya adalah saudara seagama dengan akh. Allah bihi alimun. Akh sebenarnya perlukan amal soleh, benarkah?” kata lembaga itu dengan asaffa.

“Ya, saya sedar saya siapa sebenarnya. Sebab itu saya mahu kembali semula ke titian shirotal mustaqim,” jawabku dengan tersipu-sipu.

“Alhamdulillah, syukran jazilan, Allah yu barrik fik,” ucap lembaga itu syukur.

“Wa iyyakum,”

“Ingat, akh. Jalan ke titian shirotal mustaqim berliku-liku. Banyak onak dan durinya. Terutama musuh utama manusia, Iblis dan asy-Syaithon sentiasa memesong akh dan semua manusia di muka bumi ini dari Adam a.s hingga hari kiamat. Allah yaftah ‘alaik, ya bunayya! Allah yaftah ‘alaik! Jazakallah khaira, amin!” nasihatnya sambil tersenyum gembira dengan diriku yang mahu kembali kepada jalan yang benar.

“Allah ar-Rahman nir Rohim. Sesungguhnya Dia maha pengasih dan penyayang pada hamba-hambaNya yang ingin bertaubat. Akh diberi peluang untuk bertaubat. Belajarlah bertaubat sekarang. Sudah tiba masanya saya pergi, kita akan jumpa suatu hari nanti. Jaga diri akh baik-baik. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,” aku menjawab salamnya dan tidak sempat aku bertanyakan bagaimana aku mahu bertaubat dan siapakah dia sebenarnya. Tiba-tiba ada seorang member salam kepadaku. Aku terjaga dari tidurku. Aku ingin bangun tapi tak mampu.

“Abang, a’asif. Saya ingin amal soleh abang. Mari saya amal soleh abang bangkit semula dari terus terjatuh,” Eka datang semula selepas 5 bulan dia tidak menegurku. Kali ini dia mahu berusaha memimpin aku ke jalan yang benar. Ya Allah, aku ingin berterima kasih padaMu. Sesungguhnya hambaMu ini benar-benar insaf. Maafkanlah hambaMu ini. Eka tersenyum melihat aku buat sujud syukur. Dia mula dapat rasakan aku mahu berubah kembali.

No comments:

Post a Comment