Sunday, June 6, 2010

Cintailah Allah (Bab 1)

“sekiranya tangis dapat mengubati hatimu yang luka, maka menangislah. Kerana dalam tangisanmu ada ubat untuk dirimu, untuk jiwamu yang rapuh, untuk semua rasa hati dan jiwamu. Dan cubalah untuk terus tersenyum pada setiap luka itu walaupun getir yang terasa”

TINA!!!!!!! Namanya bermain dalam fikiranku. Mengapa perempuan macam dia sanggup buat aku begini? Sampai hati dia tinggalkan aku hidup bersendirian di dunia ini. Sudahlah arwah mak ayah aku meninggal dalam kemalangan jalan raya, akhirnya Tina juga pergi dari hidupku. Ya Allah, mengapa berat dugaan hamba mu ini? Hamba sudah tidak sanggup lagi hidup di dunia ini. Tolong tabahkan iman hamba agar dapat hadapi dugaan-Mu yang seterusnya. Aku hanya menangis meratapi kepergian orang yang amat aku sayang. Aku memberontak. Aku cuba rosakkan diri aku. Aku selalu pulang lewat malam. Pergi kelab malam, melepak dengan budak nakal, jadi samseng jalanan. Tapi semua itu tak mampu hilangkan kesedihan ini. Aku buntu. Adakah apa yang Tuhan berikan pada aku saat ini adalah dugaan yg hebat untuk aku dapatkan kebahagiaan suatu hari nanti? Adakah Tuhan hanya mahu menguji tahap keimanan aku? Kalau dulu aku rajin solat, rajin mengaji. Tapi bila semua org tersayang mula tinggalkan aku satu persatu, aku mula berubah! Aku menjadi seseorang yang begitu rosak akhlaknya. Aku sudah tidak suci sesuci mengambil air wudhuk. Mak, ayah, Tina, maafkan aku. Aku tak mampu hadapi perjalanan hidup ini tanpa kamu semua di sisi. Mengapa perkara ini terjadi kepadaku? Apa salah aku? Adakah aku terlalu waras untuk fikirkan sesuatu yang tidak pasti kesahihannya? Aduh! Buntu fikiranku saat ini. Tiada siapa mampu tolong aku berubah semula seperti dulu. Tiada siapa sudi memberi aku petunjuk ke jalan yang benar. Terasa seolah-olah aku hidup dalam Neraka Jahanam! Ya Allah, maafkan hamba-Mu ini!

Apa yang perlu aku lakukan saat ini? Semuanya aku tidak pasti. Yang jelas, aku benar-benar diketepikan oleh masyarakat sekarang.

Aku terjaga dari tidurku. Sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Ah! Lewat juga aku bangun. Tidur mati agaknya. Bau bajuku yg penuh dengan bekas arak yang tertumpah menyengat hidungku. Aku cuba bangun dari kerusi malas. Tapi tak mampu. Aku terlena lagi…..

“Assalamualaikum,” sayup-sayup aku terdengar satu suara memberi salam. Aku terjaga sekali lagi. Aku amati suara itu. Merdu suaranya. Semerdu membaca al-Quran. Suara perempuan agaknya. Berani betul dia menegur aku yang rosak dan tunduk pada godaan syaitan & iblis laknatu’llah. Aku sedang cuba bangun dan melihat siapa yang beri salam itu. Aku membuka pintu rumahku yang dah tak teratur. Alangkah terkejutnya aku. Gadis ini benar-benar dah gila. Takkan sampai sudi nak dekati aku yang dah rosak ini? Huh!

“Eh, kau Eka? Buat apa kau datang sini? Nak tidur dengan akukah? Baik kau pergi sebelum bapak kau hentam aku!” bentakku untuk sedarkan dia tapi aku buat begini sebab tak mahu susahkan dia.

“Sabar, abang. Istighfar. Shalil’ alan Nabi. Shalil’ alan Nabi,” pujuk gadis 2 tahun lebih muda dari aku. Eka, gadis muslimah & solehah yang menjadi kegilaan ramai lelaki terutama Hamzah. Hamzah satu-satunya pilihan bapanya kerana Hamzah seorang hafiz yang terkenal di kampung ini. Bapa si Eka seorang imam kampung yang garang dan tegas orangnya. Penuh kewibawaan dalam hal agama. Aku pun ada hati dengan gadis macam dia, tapi sayang, tak mungkin aku bisa dapatkan puteri Ustaz Haji Darwis ini!!

“So? What do you want from me? Its good if you leave me alone!” bentakku lagi tanpa hiraukan orang lain yang sibuk tengok aku memarahi gadis ini.

“A'asif, abang. Saya tidak berniat jahat. Tujuan saya kesini untuk ajak abang kembali ke jalan yang benar,” terkejut aku dengan kelakuan Eka. Dia ternyata mengambil berat dengan hidupku. Alhamdulillah! Tapi tidak!! Aku tak akan sesekali kembali ke jalan yang benar. Aku dah rosak.

“Huh? Its wasting my time. Kalau nak ajak orang ke jalan yang benar, cari orang lain. Aku dah buruk! Seburuk-buruk binatang! Pergi! Aku tak ada masa nak layan kau! Pergi!!!!” bentak ku lagi dengan suara meninggi.

“Astaghfirullah, mengucap abang. Shalil’ alan Nabi. Afwan jika saya mengganggu kehidupan abang. Niat saya ikhlas. Sekali lagi saya mohon a'asif dari abang. Jaga diri baik-baik. Saya sedar sekarang bukan masa yang sesuai untuk menegur abang. Izinkan saya pergi dulu. Assalamualaikum,” Eka berlalu dengan perasaan kecewa bercampur geram. Tapi kesabarannya tinggi. Dia seorang yang penyabar. Adakah aku dah terlampau sangat? Macam binatang betul aku ini. Maaf, dik!

No comments:

Post a Comment