Friday, June 11, 2010

Cintailah Allah (Bab 2)

SUDAH 5 bulan berlalu. Sejak orang yang ku sayangi telah pergi dari hidupku, kehidupanku bertukar menjadi sesuatu yang tidak pasti keadaannya. Perubahan yang drastik telah mengheret aku ke lembah yang hina lagi dibenci oleh Pencipta!

Nauzubillah. Apa yang aku telah lakukan ini cukup merosakkan diriku. Aku ingin bangkitkan diri untuk mengubah diri ku jadi hamba Allah yang jauh lebih baik. Tapi, hampa. Syaitan sentiasa menggodaku. Berkali-kali aku cari cara untuk menghilangkan tipu daya syaitan. Yang aku tahu, istighfar! Ya. Astgahfirullah, Alhamdulillah, Subhanallah, La ilaha illah. Berkali kali aku beristighfar. Sehinggalah aku tertidur sekali lagi di atas tilam empuk milik arwah mak ayah aku.

Tiba-tiba aku berada di suatu tempat yang terang benderang. Tiada sedikitpun lingkaran cahaya matahari. Tempat itu luas benar. Dan kosong. Pelik. Di manakah aku berada kini? Aku bermonolog sendirian. Aku cuba berjalan mencari jalan keluar. Alangkah terkejutnya aku. Ada satu lembaga berpakaian jubah putih sedang berdiri tegak seperti menanti seseorang. Aku kaget. Siapakah dia? Haruskah aku bertanya aku di mana sekarang atau sebaliknya? Aduiyaiiiii!!

“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,” sapa lembaga berjubah putih itu. Aku menjawab salamnya perlahan-lahan. Aku dapat rasakan satu daya tarikan magnet pada dirinya untuk aku terus mengenalinya.

“A’asif, akh. Saya datang ke sini untuk membimbing kamu ke jalan yang benar. Saya ialah utusan Allah SWT. Akh tidak perlu tahu siapa saya sebenarnya. Saya adalah saudara seagama dengan akh. Allah bihi alimun. Akh sebenarnya perlukan amal soleh, benarkah?” kata lembaga itu dengan asaffa.

“Ya, saya sedar saya siapa sebenarnya. Sebab itu saya mahu kembali semula ke titian shirotal mustaqim,” jawabku dengan tersipu-sipu.

“Alhamdulillah, syukran jazilan, Allah yu barrik fik,” ucap lembaga itu syukur.

“Wa iyyakum,”

“Ingat, akh. Jalan ke titian shirotal mustaqim berliku-liku. Banyak onak dan durinya. Terutama musuh utama manusia, Iblis dan asy-Syaithon sentiasa memesong akh dan semua manusia di muka bumi ini dari Adam a.s hingga hari kiamat. Allah yaftah ‘alaik, ya bunayya! Allah yaftah ‘alaik! Jazakallah khaira, amin!” nasihatnya sambil tersenyum gembira dengan diriku yang mahu kembali kepada jalan yang benar.

“Allah ar-Rahman nir Rohim. Sesungguhnya Dia maha pengasih dan penyayang pada hamba-hambaNya yang ingin bertaubat. Akh diberi peluang untuk bertaubat. Belajarlah bertaubat sekarang. Sudah tiba masanya saya pergi, kita akan jumpa suatu hari nanti. Jaga diri akh baik-baik. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,” aku menjawab salamnya dan tidak sempat aku bertanyakan bagaimana aku mahu bertaubat dan siapakah dia sebenarnya. Tiba-tiba ada seorang member salam kepadaku. Aku terjaga dari tidurku. Aku ingin bangun tapi tak mampu.

“Abang, a’asif. Saya ingin amal soleh abang. Mari saya amal soleh abang bangkit semula dari terus terjatuh,” Eka datang semula selepas 5 bulan dia tidak menegurku. Kali ini dia mahu berusaha memimpin aku ke jalan yang benar. Ya Allah, aku ingin berterima kasih padaMu. Sesungguhnya hambaMu ini benar-benar insaf. Maafkanlah hambaMu ini. Eka tersenyum melihat aku buat sujud syukur. Dia mula dapat rasakan aku mahu berubah kembali.

Sunday, June 6, 2010

Cintailah Allah (Bab 1)

“sekiranya tangis dapat mengubati hatimu yang luka, maka menangislah. Kerana dalam tangisanmu ada ubat untuk dirimu, untuk jiwamu yang rapuh, untuk semua rasa hati dan jiwamu. Dan cubalah untuk terus tersenyum pada setiap luka itu walaupun getir yang terasa”

TINA!!!!!!! Namanya bermain dalam fikiranku. Mengapa perempuan macam dia sanggup buat aku begini? Sampai hati dia tinggalkan aku hidup bersendirian di dunia ini. Sudahlah arwah mak ayah aku meninggal dalam kemalangan jalan raya, akhirnya Tina juga pergi dari hidupku. Ya Allah, mengapa berat dugaan hamba mu ini? Hamba sudah tidak sanggup lagi hidup di dunia ini. Tolong tabahkan iman hamba agar dapat hadapi dugaan-Mu yang seterusnya. Aku hanya menangis meratapi kepergian orang yang amat aku sayang. Aku memberontak. Aku cuba rosakkan diri aku. Aku selalu pulang lewat malam. Pergi kelab malam, melepak dengan budak nakal, jadi samseng jalanan. Tapi semua itu tak mampu hilangkan kesedihan ini. Aku buntu. Adakah apa yang Tuhan berikan pada aku saat ini adalah dugaan yg hebat untuk aku dapatkan kebahagiaan suatu hari nanti? Adakah Tuhan hanya mahu menguji tahap keimanan aku? Kalau dulu aku rajin solat, rajin mengaji. Tapi bila semua org tersayang mula tinggalkan aku satu persatu, aku mula berubah! Aku menjadi seseorang yang begitu rosak akhlaknya. Aku sudah tidak suci sesuci mengambil air wudhuk. Mak, ayah, Tina, maafkan aku. Aku tak mampu hadapi perjalanan hidup ini tanpa kamu semua di sisi. Mengapa perkara ini terjadi kepadaku? Apa salah aku? Adakah aku terlalu waras untuk fikirkan sesuatu yang tidak pasti kesahihannya? Aduh! Buntu fikiranku saat ini. Tiada siapa mampu tolong aku berubah semula seperti dulu. Tiada siapa sudi memberi aku petunjuk ke jalan yang benar. Terasa seolah-olah aku hidup dalam Neraka Jahanam! Ya Allah, maafkan hamba-Mu ini!

Apa yang perlu aku lakukan saat ini? Semuanya aku tidak pasti. Yang jelas, aku benar-benar diketepikan oleh masyarakat sekarang.

Aku terjaga dari tidurku. Sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Ah! Lewat juga aku bangun. Tidur mati agaknya. Bau bajuku yg penuh dengan bekas arak yang tertumpah menyengat hidungku. Aku cuba bangun dari kerusi malas. Tapi tak mampu. Aku terlena lagi…..

“Assalamualaikum,” sayup-sayup aku terdengar satu suara memberi salam. Aku terjaga sekali lagi. Aku amati suara itu. Merdu suaranya. Semerdu membaca al-Quran. Suara perempuan agaknya. Berani betul dia menegur aku yang rosak dan tunduk pada godaan syaitan & iblis laknatu’llah. Aku sedang cuba bangun dan melihat siapa yang beri salam itu. Aku membuka pintu rumahku yang dah tak teratur. Alangkah terkejutnya aku. Gadis ini benar-benar dah gila. Takkan sampai sudi nak dekati aku yang dah rosak ini? Huh!

“Eh, kau Eka? Buat apa kau datang sini? Nak tidur dengan akukah? Baik kau pergi sebelum bapak kau hentam aku!” bentakku untuk sedarkan dia tapi aku buat begini sebab tak mahu susahkan dia.

“Sabar, abang. Istighfar. Shalil’ alan Nabi. Shalil’ alan Nabi,” pujuk gadis 2 tahun lebih muda dari aku. Eka, gadis muslimah & solehah yang menjadi kegilaan ramai lelaki terutama Hamzah. Hamzah satu-satunya pilihan bapanya kerana Hamzah seorang hafiz yang terkenal di kampung ini. Bapa si Eka seorang imam kampung yang garang dan tegas orangnya. Penuh kewibawaan dalam hal agama. Aku pun ada hati dengan gadis macam dia, tapi sayang, tak mungkin aku bisa dapatkan puteri Ustaz Haji Darwis ini!!

“So? What do you want from me? Its good if you leave me alone!” bentakku lagi tanpa hiraukan orang lain yang sibuk tengok aku memarahi gadis ini.

“A'asif, abang. Saya tidak berniat jahat. Tujuan saya kesini untuk ajak abang kembali ke jalan yang benar,” terkejut aku dengan kelakuan Eka. Dia ternyata mengambil berat dengan hidupku. Alhamdulillah! Tapi tidak!! Aku tak akan sesekali kembali ke jalan yang benar. Aku dah rosak.

“Huh? Its wasting my time. Kalau nak ajak orang ke jalan yang benar, cari orang lain. Aku dah buruk! Seburuk-buruk binatang! Pergi! Aku tak ada masa nak layan kau! Pergi!!!!” bentak ku lagi dengan suara meninggi.

“Astaghfirullah, mengucap abang. Shalil’ alan Nabi. Afwan jika saya mengganggu kehidupan abang. Niat saya ikhlas. Sekali lagi saya mohon a'asif dari abang. Jaga diri baik-baik. Saya sedar sekarang bukan masa yang sesuai untuk menegur abang. Izinkan saya pergi dulu. Assalamualaikum,” Eka berlalu dengan perasaan kecewa bercampur geram. Tapi kesabarannya tinggi. Dia seorang yang penyabar. Adakah aku dah terlampau sangat? Macam binatang betul aku ini. Maaf, dik!

Apa tujuan saya buat blog ini?

Assalamualaikum..
hemmm.. rasanya tujuan saya tak lain daripada yang saya fikirkan..
saya lihat orang asyik buat blog semata-mata untuk luahkan apa yang terbuku dalam hati mereka..
bagi saya, buat blog seperti buat diari kehidupan saya.. (walaupun orang lain baca blog saya ini)
hehehehe

beralih pada tajuk yang saya nak bincangkan, rasanya saya mahu menulis novel kat blog ini.. kalau korang free, bacalah.. saya tak larang pun.. lagi pun blog ini kan public..
saya mahu luangkan masa dgn menulis novel masa ini..
arap-arap angan-angan saya menjadi penulis akan tercapai.. (seribu tahun tak mungkin!!)
nikmati la apa yang saya sediakan dalam blog ini..

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

hai saudara saudari sekalian. syukur ke hadrat Allah SWT sebab dapat menyiapkan blog ini dengan baik. banyak sudah blog saya buat. tapi semua tak 'complete'. haiiiiiii...

semoge blog yang baru saya buat ini akan dapat di'complete'kan sebaik-baiknya. dan maafkan saya sekiranya ada kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya jadi follower blog anda.

pembuka kata saya pada waktu ini ialah kata-kata indah untuk kalian. mungkin juga untuk 'teman istimewa' saya. hihihihi


"JiKa Kau Yakin CiNTa aKaN SeNTiaSa MeMBeRiKaN KeBaHaGiaaN KePaDaMu, MaKa YaKiNLaH BaHaWa LaRa iTu HaNYa SeBaTaS Duri, HiKMaH YaNG aKaN MeNJaDi SeSuaTu YaNG MaNiS DaLaM RiSaLaH HiDuPMu. MeSKiPuN KeLaM, KaDaNG-KaDaNG MeNJaDi DuRi DaLaM iGauaN KeSuNYiaN JiWaMu, TeRuS TaBaHKaN JiWa & RaGa uNTuK MeNYaNGGaNYa SuNGGuHPuN SeLuRuH RaGa ReMuK-ReDaM, TeRKoYaK KeRaNa KaMu TaK KuaSa MeNGHaDaPi KeNYaTaaN. KeRaNa CiNTa iaLaH CaHaYa YaNG TeRSeLiT DiaNTaRa GeLaP & TeRaNG KeHiDuPaNMu, MaKa CaRiLaH CiNTa SuCiMu YaNG aGuNG & TeRSeNYuMLaH! WaLau aPaPuN TaFSiRaNMu TeNTaNG CiNTa, ia TeTap aDa & BeRSeMaYaM DaLaM HaTiMu."